ikan patin buah masak stim..

lamanye x jengah2 kat blog yg mmg Ape-Ape Aje ni kan,
biasa bile tnet wat hal&tambah lg2 agak bz sket,truss x dpt masuk..
biasa la kalu da msk,mmg nk kongsi resepi je heheheh...





bahan2;
ikan sederhana besar,ikt suka(saya guna ikan patin buah)
serai-3btg(diketuk)
bawang merah
bawang pth
cendawan tiram
cendawan hitam
lobak(potong ikt suka)
halia-2cm
cili besar-2biji
tomato-3biji sedehana besar
daun sup}untuk hiasan
daun bawang}untuk hiasan
sos tiram-1sudu besar
asam keping(2keping)
gula
garam

cara2;
1-panaskan air dlm periuk kukus,tggu smpai didih..
2-potong semua sayur mcm lobak&lain..
3-susun ikan dlm periuk@bekas kukus
4-tuang sos titam atas ikan..
5-tabur semua sayur..last sekali masukkan gula&garam..

6-last sekali kukus sampai masak...pastikan air dalam periuk didih..
7-bila dah masak,hiaskan dgn daun bawang&sup..

Pss/kalu nak masak stim halia,cuma kurangkan sayur&lebihkan halia..

DreamWorks' Puss in Boots - Official Trailer

jom la layan Puss in boots,mmg menarik tol la,kita serang ramai2 24/11/2011....serang!!!!!

Telur Bungkus


dah berapa hari x dapat masuk blog..
ade bz cket heheh..ni masuk2 nk isi resepi wt mkn mlm td,
telur bungkus..ape pun laku la telur bungkus ni..
mkn dgn nasi panas2 pn bole,nk mkn dgn roti pn ok..jom kite terjah!


bahan2;
6 biji telur
1 labu bawang besar
sedikit dada ayam dipotong kecil
3 batang sosej/crab stik
1sudu serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1sudu besar serbuk lada hitam/lada sulah
1 kiub pati ayam
daun sup
garam,gula
sedikit mix vagetable

cara2;
1-tumis bawang pth&bwang besar,bila garing msukkan dada ayam..

2-bila dah wangi&masak dada ayam tadi,bole la masukkan sosej/crab stik,mix vagetable,serbuk cili,lada hitam&kari..

3-bila dah masak semua&sebati,masukkan daun sup kacau sebati..

4-dadarkan telur 3biji,&dan letakkan inti&biatkan kering sedikit,kemudian dadarkan lg 3 biji telur di atas inti,terbalikkan telur&biarkan masak..

The Vimpire Diaries...

Dah tgk lom cite ni?The Vampire Diaries..best la drama ni...romantik,thriller&suspen waaa lg2 hero2 & heroin mmg mengancam habis....
season 1 dah habis& season 2 tgh dtayang kan kt 8tv...nk tgk tggu la hari selasa,pkl 9:30pm..
jom la layan same2...
tp rasa mcm x leh nk tggu je 1 mggu  sekali je tayangannya...x sabo nk tgk hero2 yg kacak...


Cara Menghilangkan Parut / Bekas Jerawat


Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.
Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.
Rawatan Awal
Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.
Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.
Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.
Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.
Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.
Rawatan Laser
Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/aesthetic, kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida) atau Erbium Yag.
Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser.
Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori-pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara 6 ke 8 minggu.
Tips Jerawat
Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.
1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.
2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.
3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.
4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.
Rawatan Lain
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.
Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.
Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.
Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.
Jerawat di Badan
Untuk merawat jerawat di badan, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit.
Semasa rawatan antibiotik, anda perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.
Rawatan Terkini
Untuk rawatan terkini, terdapat 2 jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.

Pau daging&sayur..

Hai kawan2,peh lepak la wt PAU,mklomla x penah wt pau pn sblom ni,kucar kacir dapurku hahhaha...
rasanye nk kongsi sama2 la,jom la try wt gk ....



Bahan A; 
500gm tepung pau(blue key)
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu besar susu tepung
2 1/2 sudu teh yis mauripan
1/2 cawan gula kastor
1 1/4 cawan air suam
1/4 minyak masak

 Bahan B;
daging cincang 250 gm
sengkuang 1 biji sedang(dipotong dadu)
lobak 2 biji sedang(dipotong dadu)
2 labu bawang besar(dimayang)
5 ulas bawang putih(ditumbuk) 
3 ulas bawang merah(ditumbuk)
1 sudu serbuk lada hitam
2 genggam suhun(direndam smpai lembut&di potong pendek)
minyak masak
garam&gula



cara2 bahan A:
1- satukan tepung bersama2 dgn susu tepung&baking powder.

2-bancuh gula dgn air suam&masukkan yis,biarkan seketika smpai berbuih..

3-masukkan sedikit demi sedikit air gula&yis.

4-gaul dgn hujung jari smpai air habis,seterusnya msukan minyak&uli smpai doh kenyal&licin..

5-bulatkan doh ikut saiz yg dkehendaki& rehatkan 15min.

6-masukkan inti&rehatkan selama 30min..

7-kukus selama 20min..

Cara2 bahan B:
1-timis bawang yg di tumbuk sampai wangi,kemudian masukkan daging cincang..

2-bila daging dah masak masukkan bawang besar,lada hitam,sengkuang,lobak&suhun,,kacau sampai sebati&masak akhir sekali rasakan dgn gula&garam...

3-kacau sampai inti kering,...

SUP SENANG,SEDAP&SIHAT..^_^

PSS*-  sorry la ya,saya x leh nk bg sukatan dlm bape GM,sebab ni sup family saya biasa msak dlm kadar  banyak....jd kalian leh la agak2 ye nk masak....
TQVM....(^_^)...


BAHAN2:
ayam
daging
serai 1 tangkai(diketuk)
sawi cina
lobak
cendawan tiram(dicarik2)
bunga kobis
bebola ikan
fishcake
tauhu di goreng(di potong dadu)
bawang merah,putih,(ditumbuk)
bawang besar
daun bawang&daun sup
bawang goreng
garam,gula
air
minyak untk goreng 2sudu mkn..

CARA2

1-panaskan minyak, msukkan bawang yg di tumbuk,tumis smpai wangi&msukkan ayam&daging

2-goreng ayam&daging smpai kluar stock,msukkan serai,bawang besar&air, biarkan didih&empuk..

3-bila dah empuk msukkan lobak,cendawan tiram,bunga kobis,bebola ikan,fishcake,garam,gula&biarkan didih seketika dlm 5min
4-last sekali msukkan sawi cina,kacau dan bole lah dihidangkan dgn daun bawang,daun sup,bawang goreng&tauhu goreng tadi..

akhir sekali SELAMAT MENCUBA.....

He Beautiful..

sape dah layan cite ni?mmg best drama yg penah saya layan..dah 5kali ulang tgk...mmg x rugi kepada peminat korean drama...^_^



youarebeautiful2.jpg
Title: 미남이시네요 / You’re Beautiful
Chinese Title : 原来是美男啊
Also known as: You’re Handsome, A.N.JELL
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16
Broadcast Network: SBS
Broadcast period: 2009-Oct-07 to 2009-Nov-26
Air time: Wednesday & Thursday 21:55
Synopsis
Tae Kyung and On Yu are in search of a new member for their idol group, A.N.JELL. However, Mi Nam suffers an injury at the last moment. So Mi Nyu, his twin sister, is asked to step in for her brother. The rest of the drama follows the behind-the-scenes life of an idol group.
Cast
Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung
Kang Soo Han as young Tae Kyung
Park Shin Hye Go Mi Nam (Male) / Go Mi Nyu (Female)
Lee Hong Ki as Kang On Yu / Jeremy
Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo