ROTI BURGER HOME MADE

ASSALAMUALAIKUM!! SEMUA..^__^
APE KABO,EMMM SUSAHLA KITA KONGSI BERUK BAND DGN ORG,ADIK2 LER,SEMUA BZZZZZZZZZ ,OPPPSSS UNTUNG BOLE GUNA,KALU X BOLE LANGSUNG MCM NE AHAK!! SO BERSYUKUR OK!! KALI NI ENTRI PASAL MAKANAN PULA...ROTU BURGER,HOME MADE,SEDAP BETUL BAU ROTI PANAS,WAHHHHH MEMANG LAYAN HABIS LA...WIE AMIK RESEPI NI KAT CNI 
kak azlita,kalu nk masak tgk je kat blog akak ni,insyallah menjadilah!!..ok jom tgk roti ni..

exceli ni sbnarnye x cantik pon mcm kak azlita punye huuhu
meme la x sama,pasal org yg buat pon lain2kan hhahha

bila tgk kat blog masak2 tu kan rasa berkobar sgt2 nak msk mcm mereka2 semua tu,tp kita ni bukan pandai sgt pun masak2 ni,cincai je bole la heheh...tp bler tgk roti kat blog kak azlita tu,mmg x bole tahanla,nafsu nak meroti berkobar2 hehhehe ^__^..ok jom kita check out resepinye..so kwan2 semua leh la try wat!!

ROTI BURGER


BAHAN-BAHAN

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum (ita tak letak tepung gandum ita letak 300 gm tepung roti terus)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - (tinggalkan sdkit utk gliss pd roti)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam (ita tak letak air suam, ita letak 160 ml susu segar terus)
1 sudu kecil bread improver - ita tambah
1 sudu kecil softener - ita tambah
Boleh juga sekiranyer nak letakkan water roux

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.



- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti...

OK SELAMAT MENCUBA!!

6 comments:

Lieya Von Jay said...

wie best ar dpat buat sniri roti burger.. ^_^ nak cuba gak lah..

Unknown said...

bestnyer dapat buat roti burger sendiri..nampak sedap tu..:D

Wie Mohamad said...

heheheh tu la,wat sendiri lg terjamin sedap n sihat! heheh ^__^

Wie Mohamad said...

try la wat mmg tak rugi hehehhe,copy je..pasal kita pon copy paste gak..^__^

زليخا said...

dapnye. baru je iqa buat burger sendiri ngn kwn

Wie Mohamad said...

hehehhe ,wat sendiri mmg bestkan,puas mkn..^__^